Tuesday 11 December 2012

Soalan-Soalan Aras Taksonomi Bloom

Dalam sistem pendidikan penilaian atau pengujian amat penting kerana ia menilai proses pengajaran dan pembelajaran. Antara tujuannya ialah, menurut A.E. Ashworth (1982) dalam Testing For Continous Assess: A Handbook for Teacher in School and College (London: Evans, Yorkshire) member tujuh tujuan pengujian atau penilaian  iaitu untuk dorongan, diagnosis, menilai, memilih, melapor, membanding dan meramal.

Manakala menurut Benjamin  Bloom (1956) dalam Taxonomy Of Educational Objectives: Handbook I: Cognitive Domain (New York: David McKay) telah memperkenalkan satu hierarki kognitif yang disusun dari aras rendah hingga ke aras tinggi iaitu aras pengetahuan, pemahaman, aplikasi, analisis, sintesis dan penilaian. Taksonomi ini terkenal dengan nama Taksonomi Bloom.

1.    Pengetahuan

Aras kognitif yang terendah yang melibatkan proses kembali maklumat, fakta, definisi dan sebagainya.

Contoh:

Bilakah Malaysia mencapai kemerdekaan?
 
2.    Pemahaman

Aras kognitif yang melibatkan proses pengembangan pemikiran. Pada aras ini pelajar menyatakan idea-idea utama dalam perkataan mereka sendiri. 

Contoh:

Ahli-ahli sejarah menggunakan sumber arkeologi untuk mengkaji sejarah purba yang tidak mempunyai sumber bertulis. Sumber arkeologi berkaitan dengan

A.    Bahan-bahan peninggalan masyarakat dahulu yang tertanam dalam bumi.

B.    Benda-benda yang dijumpai oleh ahli arkeologi dalam usaha cari gali.

C.   Barang-barang yang mempunyai ukiran dan tulisan yang boleh difahami.

D.   Alat-alat perkakas zaman silam yang masih digunakan hingga sekarang. 

3.    Aplikasi

Pelajar menggunakan pengetahuan dan maklumat (konsep, teori, prinsip, hukuman atau prosedur dan sebagainya) yang mereka pelajari serta kefahaman mereka tentang pengetahuan dan maklumat itu dan kemuadian diaplikasikan dalam situasi baru.
 
Contoh:

Pada tahun 1954 bapa Ahmad ingin melancong ke Negara China tetapi gagal. Yang manakah berikut menerangkand engan tepat tentang kegagalan bapa Ahmad itu?

A.    Beliau membatalkan lawatannya kerana sebab-sebab tertentu.

B.    Beliau sukar mendapat kebenaran daripada kerajaan.

C.   Beliau enggan mematuhi peraturan imigresen.

D.   Beliau belum menyiapkan dokumen perjalanannya.

4.    Analisis

Aras kognitif yang menunjukkan bahawa pelajar boleh mengasingkan idea-idea ke dalam komponen-komponennya yang berasingan dan mereka dapat menunjukkan yang mereka memahami hubungan antara komponen-komponen itu. Dalam proses analisis, pertimbangan dan penghakiman adalah satu cara yang penting bagi mendapatkan satu kesimpulan. Kesimpulan itu mempunyai bukti-bukti atau hujah-hujah. 

Contoh:

Tuk Janggut
Terkorban
Datuk Maharaja Lela
Dibunuh
Haji Abdul Rahman Limbong
Dibuang ke Makkah

Mengapakah perjuangan tokoh-tokoh di atas menemui kegagalan?

A.    Perjuangan kurang tersusun.

B.    Perjuangan atas kepentingan peribadi.

C.   Perjuangan mendapat tentangan Sultan.

D.   Perjuan bersifat setempat. 

5.    Sintesis

Aras kognitif yang menghendaki pelajar menggunakan imaginasi dan pemikiran dengan mencantumkan unsure-unsur yang terdapat pada sesuatu untuk menghasilkan sesuatu yang baru.

 

Contoh:

                                         Golongan diraja

 

                        Ulama                         Golongan pembesar dan pentadbir

                                                                       

                                                                        Golongan rakyat jelata

                                                                                               

                              Golongan hamba

     Rajah di atas menggambarkan susun lapis masyarakat Melayu Melaka pada abad ke15.

        Yang manakah berikut mempunyai kaitan yang paling tepat dengan golongan di atas?

A.  Mereka mempunyai peranan masing-masing.

B.  Mereka dilarang mengubah taraf hidup sama sekali.

C.  Mereka tinggal di kawasan yang berlainan.

D.  Mereka jarang berhubung satu sama lain.

6.    Penilaian

Aras kognitif yang mengkehendaki pelajar melakukan penilaian,diskriminasi, member rasional dan menyatakan pendapat dengan alas an-alasan tertentu. 

Contoh:

Ketika mengiringi Sultan berangkat, Temenggung memillih tempat duduk di atas kepala gajah. Temenggung memilih tempat berkenaan kerana

A.    Beliau pandai mengembalai gajah.

B.    Beliau mesti melindungi Sultan daripada bahaya.

C.   Beliau mahir dengan selok-belok jalan.

D.   Beliau seorang yang gagah berani.
Berikut merupakan contoh aras kesukaran item berdasarkan kata tugas soalan mengikut aras Kognitif Bloom (Taksonomi Bloom).

 
Aras Kesukaran
 
 
Konstruk / Kemahiran
 
Kata Tugas
 
Rendah / Achievements
 
*      Pengetahuan
*      Kefahaman
 
Ø  Apakah
Ø  Berapah
Ø  Siapakah
Ø  Bilakah
Ø  Labelkan
Ø  Senaraikan
Ø  Namakan
Ø  Definisikan
 
 
Sederhana / Credit
 
*      Aplikasi
*      Analisis
 
Ø  Lakarkan
Ø  Jelaskan
Ø  Huraikan
Ø  Bincangkan
Ø  Wajarkah
Ø  Ramalkan
Ø  Perihalkan
Ø  Menyelesaikan
 
 
Tinggi / Excellent
 
 
*      Sintesis
*      Penilaian
 
 
Ø  Rumuskan
Ø  Sarankan/ syorkan
Ø  Ulaskan
Ø  Nilaikan
Ø  Iktibar
Ø  Mengarang
 

 

4 comments: