Menurut
Mok Soon Sang (2008), pengajaran mikro ialah suatu teknik pengajaran dalam masa
di antara lima hingga lima belas minit untuk mengajar sesuatu kemahiran
pelajaran bagi sekumpulan guru pelatih, biasanya terdiri daripada lima hingga
sepuluh orang sahaja.
Menurut Sharifah Alwiah (1986), pengajaran mikro merupakan satu teknik pengajaran untuk meningkatkan kemahiran pengajaran guru dalam aspek-aspek tertentu seperti set induksi atau motivasi,penyoalan,variasi rangsangan ,penggunaan papan kapur, alat bantuan mengajar,pengukuhan ,penutup dan lain-lain.
Kesimpulannya, pengajaran mikro digunakan untuk memerihalkan teknik pengajaran untuk membolehkan pelatih atau pelajar menguasai, melatih atau memurnikan kemahiran pengajaran dalam situasi yang dikurangkan dari segi kesukarannya. Maka dalam melaksanakan pengajaran mikro, bilangan pelajar dan peruntukan masa dikurangkan.
Walaubagaimanapun, teknik ini hanya akan berkesan dan berjaya mencapai matlamat sebagaimana yang dirancangkan dalam pengajaran praktis jika ia difahami, dihayati dan digunakan dengan cara yang tepat. Teknik pengajaran jenis ini merupakan persediaan awal yang diberikan kepada bakal-bakal guru sebelum mereka menghadapi keadaan mengajar yang sebenarnya di dalam bilik darjah.
No comments:
Post a Comment